Monday, December 7, 2009

Blog dan Bengkel

Aktiviti Blog dan Bengkel ini telah diadakan bersama dengan Perpustakaan Desa Sungai Air Tawar:

Tempat: Perpustakaan Desa Sungai Air Tawar
Tarikh: 18 November 2009
Masa: 9.00 pagi hingga 4.oo petang
Anjuran: PID Sungai Air Tawar

Pelbagai Aktiviti telah disediakan oleh PID Sungai Air Tawar dan juga Perpustakaan Desa Sungai Air Tawar yang telah dibantu oleh Pembantu Perpustakaan Sungai Air Tawar iaitu Puan Jassuhana. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Program tersebut adalah:
a. Bengkel dan Blog
b. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
c. Jualan



Sambutan amat menggalakkan pada para peserta ibu dan juga anak-anak yang turut serta dalam menjayakan aktiviti ini. Untuk kaum ibu adalah blog dan bengkel yang telah diadakan oleh penolong pengurus PID Sungai Air Tawar yang diadakan di Perpustakaan Desa Sungai Air Tawar. Pertandingan Mewarna pula disediakan untuk kanak-kanak yang hadir dan juga pembaca buku yang setia di perpuatakaan ini. Acara yang disediakan oleh pihak kami turut mendapat sambutan dikalangan ibu-ibu dan juga anak-anak yang menyertai aktiviti ini. Kanak-kanak yang mengikuti aktiviti ini sangat teruja sekali kerana dapat sama-sama menyertai aktiviti yang disediakan. Turut disediakan hadiah cenderahati kepada semua pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak ini.

No comments:

Post a Comment