Monday, December 7, 2009

Bersama Usahawan Berjaya















Tarikh: 19 November 2009
Hari: Khamis
Tempat: Perkarangan Bengkel "MUS PAU"
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang


Bersama dengan Usahawan Berjaya dari Produk MUSTIKA HATI iaitu Puan Musringah Binti Ismon (Pengusaha PAU) di perkarangan Bengkel Mus PAU. Lawatan dari PID Sungai Air Tawar dan ahli-ahli Kelab Usahawan Sosial (KUS) telah melawat dan sama-sama mendengar pengalaman dan juga melihat sendiri bagaimana pembuatan pau yang telah beliau usahakan hampir lebih 10 tahun. Pengalaman dan idea dari beliau sendiri yang menceritakan bagaimana permulaan menjalankan perniagaan ini.

Beliau juga salah seorang usahawan yang telah berjaya mengunakan internet sebagai tempat salah satu untuk mengembangkan perniagaan beliau sehingga permintaan ke LONDON. Beliau juga telah banyak menerima beberapa anugerah antaranya anugerah Tokoh Usahawan Wanita Peringkat Negeri Selangor.

Pembabitan beliau adalah salah satu contoh yang telah berjaya mengunakan internet sebagai salah satu menambahkan pendapatan. Peserta juga yang mendengar perkongsian pengalaman dapat memberikan satu inspirasi baru untuk mereka lebih berjaya dengan menggunakan perniagaan secara on-line dengan lebih meluas.

Seorang wanita yang cekal mengharungi pelbagai rintangan dalam mengusahakan perniagaan beliau. Tidak lokek untuk berkongsi pengalaman bersama kami yang datang dan ingin mempelajari cara-cara pembuatan pau. Beliau juga tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar cara-cara pembuatan pau dengan menggunakan mesin yang telah diberi oleh pihak yang telah banyak membantu beliau. Pengeluaran sehari pau adalah sebanyak 5000 biji sehari dengan hanya bantuan mesin. Ini juga dapat membantu beliau meningkatkan usaha membuat pengeluaran pau yang lebih banyak. Untuk tempahan, boleh lah menghubungi PUAN MUSRINGAH BINTI ISMON atau pun panggilan "Cik MUS" dengan maklumat yang tertera dibawah.



Keluaran oleh/ Manufactured by:

MUSTIKA HATI ENTERPRISE
Lot 508, Jalan Besar Parit Baru,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.
TEL: 019-378 2479 / 019- 634 4163

No comments:

Post a Comment