Sambutan amat menggalakkan pada para peserta ibu dan juga anak-anak yang turut serta dalam menjayakan aktiviti ini. Untuk kaum ibu adalah blog dan bengkel yang telah diadakan oleh penolong pengurus PID Sungai Air Tawar yang diadakan di Perpustakaan Desa Sungai Air Tawar. Pertandingan Mewarna pula disediakan untuk kanak-kanak yang hadir dan juga pembaca buku yang setia di perpuatakaan ini. Acara yang disediakan oleh pihak kami turut mendapat sambutan dikalangan ibu-ibu dan juga anak-anak yang menyertai aktiviti ini. Kanak-kanak yang mengikuti aktiviti ini sangat teruja sekali kerana dapat sama-sama menyertai aktiviti yang disediakan. Turut disediakan hadiah cenderahati kepada semua pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak ini.
Monday, December 7, 2009
Blog dan Bengkel

Bersama Usahawan Berjaya
Tarikh: 19 November 2009
Hari: Khamis
Tempat: Perkarangan Bengkel "MUS PAU"
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Bersama dengan Usahawan Berjaya dari Produk MUSTIKA HATI iaitu Puan Musringah Binti Ismon (Pengusaha PAU) di perkarangan Bengkel Mus PAU. Lawatan dari PID Sungai Air Tawar dan ahli-ahli Kelab Usahawan Sosial (KUS) telah melawat dan sama-sama mendengar pengalaman dan juga melihat sendiri bagaimana pembuatan pau yang telah beliau usahakan hampir lebih 10 tahun. Pengalaman dan idea dari beliau sendiri yang menceritakan bagaimana permulaan menjalankan perniagaan ini.
Lawatan ke MINI MAHA
- Pameran Pertanian
- Pameran Penternakan
- Jualan IKS
- Pameran dari Jabatan-Jabatan Kerajaan
Seramai 15 orang Ahli KUS dan juga wakil PID yang melawat ke MINI MAHA untuk melihat sendiri pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak MAHA. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang dapat diambil dan dipelajari di tapak pameran kerana terdapat juga diantara Jabatan-Jabatan dan juga pameran ada juga menyediakan pelbagai kursus yang boleh diambil sekiranya peserta berminat untuk mengikuti kursus tersebut tanpa bayaran. Peluang keemasan ini juga tidak dilepaskan oleh para peserta yang turut serta mengikuti lawatan MINI MAHA untuk mengikuti beberapa kursus yang telah disediakan oleh Jabatan-jabatan tersebut. Penternakan lembu dan juga kambing, juga terdapat pelbagai jenis baka lembu dan kambing turut di pamerkan di tapak Pameran MAHA. Jabatan dari Veterinar juga turut serta dalam karnival ini dan juga memudahkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai cara dan juga untuk merawat binatang ternakan mereka dan khidmat nasihat yang disediakan.
Tedapat juga pameran dari sektor pertanian (wakil FAMA) yang turut mempamerkan perlbagai jenis tanaman yang boleh diusahakan oleh orang ramai. Pelbagai jenis tanaman yang menarik dipamerkan disetiap tapak pameran juga maklumat kepada orang ramai jenis-jenis tanaman yang boleh ditanam bersama hasil yang dituai. Sayur-sayuran dan juga buah-buahan juga mempunyai ciri teknologi penanaman yang lebih baik dan cepat dengan hasil tanaman.
Pelbagai produk IKS juga turut menyertai tapak promosi di MINI MAHA ini. Membolehkan usahawan-usahawan IKS memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai yang turut hadir ke MINI MAHA ini. Pelbagai jenis makanan ringan dan juga hasil kraftangan oleh pengusaha-pengusaha IKS disekitar kawasan Negeri Selangor. Pelbagai produk juga dijual dengan harga yang berpatutan, peserta juga tidak melepaskan peluang untuk membeli produk-produk dari pengusaha tempatan.